Keberkesanan Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Menurut Maqasid Syariah di Perkampungan Orang Asli Batu 12 Gombak, Selangor

Famida Naimi binti Hasbolah, Abdul Ghafar bin Don

Sari


Pengamalan gaya hidup yang berlandaskan Maqasid Syariah bertujuan membina komuniti Asli yang beriman dan sejahtera . Namun masih terdapat golongan masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam masih belum mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian mereka. Maqasid Syariah yang dharuri mempunyai lima aspek iaitu memelihara agama (hifz al-din), jiwa (hifz al-nafs), akal (hifz al-‘aql), keturunan (hifz al-nasb) dan harta (hifz al-mal). Kajian in bertujuan mengetahui keberkesanan agensi dakwah kerajaan, iaitu JAKIM terhadap masyarakat Asli berdasarkan prinsip Maqasid Syariah. Reka bentuk yang digunakan ialah kajian tinjauan dengan mengedarkan soal selidik kepada 120 masyarakat Orang Asli yang telah memeluk agama Islam di perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak. Penganalisisan data pula adalah secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan aktiviti dan pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh JAKIM terhadap pengamalan gaya hidup Islam yang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam pada nilai purata min= 3.22.

Kata Kunci


Dakwah; JAKIM; Masyarakat Orang Asli; Maqasid Syariah.

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


Abdul Ghafar Don. 2014. Da’wah &Ethnicity : Multidisciplinary Perspective. Program Kolokium Islam Pahang Meraikan Ilmu, 17-19 Mac.

Abdul Karim Zaidan. 2009. Dasar-dasar Ilmu Da’wah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Fauziah Ibrahim, Bahaman Abu Samah et.al. 2012. Penagihan Dadah dan Keadaan Berisiko Tinggi Kembali Relaps. Journal Science and Humanities. Volume 7 no 1. 38-49

Husin Ngah Yin. 2017. Kisah Pengislaman dan Sejarah Perkampungan Orang Asli Batu 12 Gombak. Temubual, 15 Februari.

Iskandar Carey. 1976. Orang Asli the Aboriginal tribes of Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University.

JAKIM. 2016. Bahagian Dakwah JAKIM. Diakses daripada http://www.islam.gov.my (19 November 2016).

JAKIM. 2016. Sejarah Penubuhan JAKIM. Diakses daripada http://www.islam.gov.my (19 November 2016).

JAKOA. 2015. Maklumat Orang Asli. Diakses daripada http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/maklumat-orang-asli (19 November 2016).

Mohd Khairunizam Abdul Aziz. 2017. Keberkesanan dakwah JAKIM di Batu 12, Gombak. Temu bual, 15 Februari.

Sheikh Abdul Halim al-Kinani.2011. Dakwah Fardiyyah-Teori dan Praktikal. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Sohirin M.Solihin. 2008. Islamic Da’wah Theory and Practice. International Islamic University Malaysia: IIUM Press.

W.A Amir Dzal. 2009. Nilai Belia Orang Asli Selangor terhadap teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Journal of Capital Human Development .Julai-Disember 2009 .vol 2 no 2.

Wahbah al-Zuhaili. 2004. Kewajipan Memahamkan Bukan Islam tentang Islam. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :