Aplikasi Kaedah Fiqh dan Pendalilan Ayat Hukum Dalam Fatwa Berkenaan Status Senaman Yoga Terhadap Umat Islam

Nurul Ain binti Anuar Shariff, Abdul Basir Mohamad

Sari


Yoga merupakan suatu senaman yang berasal dari negara India diamalkan sejak turun temurun iaitu 3000 tahun sebelum Masihi dikatakan boleh menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Akan tetapi dengan adanya gerakan-gerakan tubuh yang menggambarkan pemujaan dan unsur-unsur spiritual yang bertentangan dengan Islam, Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia seterusnya negeri-negeri di dalam Malaysia telah membuat keputusan pada tahun 2009 untuk mewartakan status senaman yoga di mana ia dihukumkan haram jika pelakunya terdiri daripada umat Islam. Ini kerana dikhuatiri dapat menghakis akidah dan pegangan masyarakat Muslim di negara ini. Disebabkan pengharaman yang telah dibuat itu, timbul persoalan berkenaan apakah aplikasi kaedah fiqh yang digunapakai di dalam fatwa tersebut atau penggunaan ayat hukum jika ada. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji kaedah fiqh dan ayat hukum yang digunakan di dalam fatwa pengharaman yoga ini. Kajian ini ialah kajian kualitatif di mana kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data disampaikan secara deskriptif bersumberkan kitab-kitab ulama’ turath. Hasil kajian mendapati terdapat kaedah-kaedah fiqh dan juga ayat hukum yang menyokong penghujahan fatwa tersebut. Oleh itu, pengharaman yoga yang diputuskan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan adalah bertepatan dengan kaedah fiqh dan ayat-ayat hukum.

Kata Kunci


yoga; fatwa; kaedah fiqh; ayat hukum

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


Al-Quran Al-Karim.

al-Qardhawi, Yusuf. 1997. Al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-Razi, Muhammad bin Umar bin Hussain bin Hassan ibnu Ali. 2000. Al-Tafsir al-Kabir au Mafatih al-Ghaib. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

Al-Zuhaili, Wahbah. 1991. Tafsir al-Munir - Fil ’Aqidah Wa al-Syariah Wa al-Manhaj (Juz 29). Beirut: Dar al-Fikr.

Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1999. Huraian Ayat-Ayat Hukum 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1999. Huraian Hadis-Hadis Hukum 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2001. Perbahasan Usul Ahkam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2000. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Afif Abdul Fattah Tabbarah. 1998. Tafsir Surah al-Hijr, al-Nahl, al-Isra’. Beirut: Dar al-Ilm lil Malayin.

Basri bin Ibrahim, Engku Ahmad Tajuddin bin Engku Alwi, Zulkifli bin Mohd & Ahmad Faizol bin Ismail. 2015. Fatwa-Fatwa Berkaitan Fiqh Semasa Di Malaysia. Selangor: Hidayah House of Publishers.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2009. Yoga. Putrajaya: Penerbitan JAKIM.

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. 2014. Fatwa-Fatwa Yang Telah Diwartakan Di Negeri Pulau Pinang 1996-2014. Pulau Pinang: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Zulkifli Mohd Yusoff. 2011. Tafsir Ayat Ahkam. Selangor: PTS Darul Furqan Sdn Bhd.

Abu al-Jauzaa’. 2011. Takhrij Hadits : “Barangsiapa yang Menyerupai Suatu Kaum, Maka Ia Termasuk Golongan Mereka” dan Faedah Ringkas yang Terdapat di dalamnya. http://abul-jauzaa.blogspot.my/2011/01/takhrij-hadits-barangsiapa-yang.html. [8 Oktober 2017].

Arabiyy. 1999. Makna Taghut. https://www.google.com/amp/s/arabiyy.wordpress.com/2009/12/09/makna-taghut/amp/. [4 Oktober 2017].

Bernama. 2008. Yoga Haram - Majlis Fatwa. http://mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t82907.html. [5 Oktober 2017].

Islamweb.net. 2001. Al-Yoga Ibadah Wathaniah li al-Syams.

http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=1043. [9 Oktober 2017].

Mohd Ali Farkos. 2015. Syarah Qawa’id al-Khams al-Kubra. http://www.ajurry.com/vb/showthread.php?t=44907. [8 Oktober 2017]

Pejabat Mufti Singapura. T.t. Irsyad - Advisory On Yoga Practice. https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Irsyad/advisory-on-yoga-practice(eng).html [15 November 2017].


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :